26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saya tak tahu-menahu kontrak syarikat abang – Azam Baki

    Shopee Sale

    Azam Baki menjarakkan dirinya daripada kontrak RM178.29 juta yang dianugerahkan kepada syarikat dikaitkan dengan abangnya.

    "Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itu urusan dia,” kata bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

    "Adakah ini bermakna sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan saya akan disoal siasat?

    "Saya telah bersara dan terserah kepada Kementerian Pengangkutan untuk menganugerahkan projek itu kepada syarikatnya," dia dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times.

    Azam berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Edge.

    Dilaporkan Integriti Padu Sdn Bhd memperoleh kontrak enam tahun untuk membangunkan dan mengendalikan sistem Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan (RC/VEP) di sempadan Malaysia-Singapura.

    MENARIK:  ‘Minit bocor’: Adakah undi penentu pengerusi JAC diguna, soal PN

    The Edge melaporkan Kementerian Pengangkutan menganugerahkan kontrak RM178.29 juta kepada Integriti Padu pada 26 Mei berikutan permintaan untuk cadangan yang dikeluarkan pada Jun tahun lalu.

    Laporan itu menyebut abang Azam, Nasir, berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif Integriti Padu.

    DNA keluarga saya baik-baik

    Sementara itu, Azam, yang bersara kira-kira dua bulan lalu turut mempertahankan keluarganya.

    "DNA keluarga saya semua baik-baik. Saya ada seorang saudara perempuan pakar telinga, hidung dan tekak yang terkenal di negara ini.

    "Adakah ini bermakna dia juga akan jadi tumpuan? Sesiapa yang mahu selamat, jangan dekat dengan saya," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah