29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Susulan pembunuhan Ismail Haniyeh, Malaysia ikrar terus lantang demi Palestin

    Shopee Sale

    Mesyuarat jemaah menteri mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran hari ini, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

    Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata jemaah menteri turut menzahirkan solidariti bersama dengan rakyat Palestin dan menggesa siasatan segera dilakukan agar pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

    “Jemaah menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan perdana menteri Palestin itu.

    “Kerajaan Malaysia akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman,” katanya dalam kenyataan hari ini

    MENARIK:  Polis bunuh pelajar: Pemandu tidak serta merta turun kereta, kata saksi

    -Bernama

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah