Penerbit digital nombor satu negara, REV Media Group (REV) berjaya merangkul tujuh anugerah di Malaysian Digital Association (MDA) d’Awards 2026.
Artikel Berkaitan: REV Media Group Rangkul Tujuh Anugerah Di MDA d’Awards 2025
Artikel Berkaitan: Rev Media Group Lancar Kempen Halal Travel Untuk Bantu Pengembara Muslim
REV perkukuh kedudukan

Tujuh anugerah tersebut termasuk anugerah Emas bagi Publisher of the Year dan Content Agency of the Year.
Tiga daripada anugerah itu adalah anugerah Emas dan empat anugerah Perak, yang telah berjaya diperoleh menerusi kategori yang merangkumi penerbitan digital, kandungan berjenama, inovasi AI, pertumbuhan audiens, pelaksanaan kempen serta pembangunan bakat.
Kejayaan sebagai Publisher of the Year dan Content Agency of the Year membuktikan bahawa REV adalah platform digital yang menghasilkan kandungan berteraskan kepada tumpuan audiens, penerbitan dalam pelbagai bahasa serta bersifat lokal.
Dalam masa yang sama, REV turut meraih Emas bagi Best Digital Growth Campaign, sekali gus mengiktiraf kejayaannya dalam memperluaskan capaian serta menghasilkan impak yang boleh diukur menerusi platform digital.
Selain itu, empat anugerah Perak pula diperolehi menerusi kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, kemenangan ini amat bermakna kerana mencerminkan keseluruhan usaha yang sedang dibangunkan oleh REV, daripada penerbitan dan kandungan berjenama kepada produk AI, pembangunan platform serta kempen.
Pada asasnya, fokus kami masih sama, iaitu memahami audiens Malaysia, menghasilkan karya yang mendapat perhatian dan menggunakan teknologi dengan tujuan yang jelas.
Ini adalah pencapaian bersama dan saya berbangga dengan semua warga REV yang terus meningkatkan standard media digital di Malaysia.
Pencapaian cemerlang di d’Awards 2026 mengukuhkan lagi reputasi REV sebagai peneraju penerbitan digital di Malaysia.
Kejayaan ini didorong oleh komitmen terhadap penghasilan kandungan berkualiti, pembangunan kandungan berjenama, penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara beretika, pertumbuhan audiens serta usaha berterusan dalam memajukan industri digital.
Di samping meraih pelbagai pengiktirafan, REV juga memainkan peranan penting dalam memperkasa landskap digital tempatan menerusi kerjasama industri, pelaksanaan inovasi platform dan program pembangunan seperti Tech For Good Youth yang menyediakan pengalaman serta pendedahan dunia sebenar kepada pelajar dalam bidang media, kandungan dan teknologi.
The post REV Media Group Rangkul 7 Anugerah Di MDA d’Awards 2026, Perkukuh Kedudukan Dalam Penerbitan Digital first appeared on OHBULAN!.





