31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek pengedar dadah acu parang, cederakan polis

    Shopee Sale

    Seorang lelaki yang disyaki aktif mengedar dadah berjaya ditahan walaupun selepas bertindak agresif mengacu parang ke arah anggota polis hingga mencederakan seorang daripada mereka dalam serbuan di Kampung Lubok Bongor, Kota Bharu, semalam.

    Ketua Polis Daerah Jeli, Supt Kamarulzaman Harun, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli menyerbu sebuah rumah tanpa nombor di kampung berkenaan.

    “Suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang yang diselitkan di pinggang sebelum mengacukannya ke arah anggota polis sambil mengeluarkan ugutan untuk menyebabkan kematian.

    “Ketika anggota cuba menangkapnya, berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota mengalami kecederaan pada jari tengah tangan kiri dan bahu kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kamarulzaman berkata suspek bagaimanapun ditangkap dan keadaan dikawal tanpa melibatkan kecederaan lebih serius.

    Katanya polis turut merampas sebilah parang berukuran kira-kira 36 sentimeter serta satu plastik lut sinar mengandungi enam pil berwarna kemerahan yang disyaki dadah jenis yaba.

    MENARIK:  PKR bukan 'tong sampah', kata Hassan Karim

    “Pil berkenaan ditemukan di dalam sebuah beg pinggang berwarna hitam,” katanya.

    Menurut Kamarulzaman lagi, siasatan awal mendapati suspek merupakan individu dikehendaki polis Jeli kerana disyaki aktif mengedar dadah di sekitar daerah berkenaan.

    "Suspek turut dikehendaki berkaitan satu kejadian pada 19 Ogos lepas apabila dipercayai mengeluarkan ugutan untuk menyebabkan kematian sambil mengacukan parang ketika dalam serbuan polis.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

    Kamarulzaman berkata suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

    “Polis tidak berkompromi terhadap sebarang tindakan mengugut, menyerang atau menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah