Bertahun-tahun berada dalam industri seni membuatkan pelakon, Intan Ladyana menyimpan pelbagai kenangan manis sepanjang perjalanan kerjayanya.
Artikel Berkaitan: Intan Ladyana & Harris Alif Tak Terima Tawaran Lakonan Serentak – ‘Seorang Kerja, Seorang Lagi Perlu Ada Di Rumah’
Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Respon Dakwaan Harris Alif Curang Dalam Permainan Video Online – ‘Saya Bukan Enabler, Kena Tahu Batas Sendiri’
Rindu Zaman Sibuk Berlakon
Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Intan mengimbas kembali fasa awal bergelar anak seni yang mengakui perkara paling dirinduinya adalah kesibukan bekerja termasuk menjalani penggambaran jauh dari rumah.
Bagaimanapun, selepas mempunyai keluarga dan anak-anak, pelakon itu kini lebih berhati-hati dalam membahagikan masa antara kerjaya serta kehidupan peribadi.
Paling rindu rasa sibuk masa awal masuk industri sebab sekarang saya tak boleh terlalu sibuk dengan kerja. Kena fokus dan masa perlu seimbang untuk diri sendiri dan keluarga.
Kalau dulu asyik sibuk bekerja saja. Rasa macam rindu juga nak ‘travel’, shooting jauh-jauh. Sekarang tak boleh, kena fikir anak-anak.
Watak Lama Masih Melekat Dalam Ingatan Peminat
Sepanjang kerjayanya, Intan pernah membintangi beberapa karya yang meninggalkan impak tersendiri termasuk Adnan Sempit dan Bini-Biniku Gangster.
Apa yang menyentuh hatinya, masih ada peminat sehingga hari ini yang mengingati watak dibawakannya meskipun menonton filem berkenaan ketika masih kecil.
Sampai sekarang bila saya keluar, masih lagi orang panggil dengan watak saya dalam filem itu.
Saya tak sangka orang masih ingat lagi cerita itu walaupun mereka tengok cerita itu masa kecil. Maksudnya cerita itu memang mereka ingat dari kecil.
Mesti banyak cerita yang mereka tengok, tapi kenapa cerita itu yang masih segar dalam ingatan mereka. Rasa sangat terharu sebenarnya.
Kalau Boleh Ulang 10 Tahun Lalu, Intan Mahu Lebih Banyak Berehat
Dalam pada itu, jika diberi peluang untuk kembali kepada dirinya sekitar 10 tahun lalu, Intan mengakui dia mungkin akan memilih untuk tidak terlalu mengejar pekerjaan sehingga mengabaikan kesihatan sendiri.
Menurutnya, kesibukan ketika itu pernah menyebabkan dirinya terlupa untuk berehat sehingga jatuh sakit.
Sepatutnya dulu saya tak terlalu sibuk dengan kerja. Kena fokus dengan diri sendiri juga.
Dulu saya terlalu sibuk bekerja sampai terlupa nak rehat sampai sakit. Sepatutnya ketika itu kena ‘balance’.
Rindu Suasana Anugerah & Bertemu Peminat
Selain pengalaman di set penggambaran, Intan turut merindui kemeriahan menghadiri acara anugerah dan peluang bertemu secara dekat dengan peminat.
Baginya, sokongan yang diterima ketika itu menjadi antara momen paling manis sepanjang bergelar anak seni.
Bila pergi ‘award show’, jumpa peminat. Saya sangat rindu momen itu. Rasa dihargai oleh peminat-peminat.
Selepas melalui pelbagai fasa kehidupan, pengalaman lalu nyata mengajar Intan kejayaan dalam kerjaya bukan sekadar tentang seberapa sibuk seseorang bekerja, tetapi juga bagaimana masa untuk diri sendiri dan keluarga terus dijaga.
The post #ThrowbackXTRA: Masih Dipanggil Nama Watak Sampai Hari Ini, Intan Ladyana Terharu Peminat Tak Lupa Filem ‘Adnan Sempit’ & ‘Bini-Biniku Gangster’ first appeared on OHBULAN!.





