30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SURAT | PAS dan Umno harus bertaut semula demi masa depan Melayu-Islam

    Shopee Sale

    Dua parti Melayu yang besar yakni PAS dan Umno harus mencari satu formula kukuh untuk bertaut semula demi memelihara masa depan Melayu serta Islam di tanah air kita.

    Buat masa ini semua pihak tidak harus toleh ke belakang lagi tetapi kena pandang ke hadapan secara penuh keikhlasan bagi membela nasib anak bangsa serta memelihara keutuhan syiar Islam di tanah Melayu ini.

    PAS serta Umno boleh menjadi pemangkin ke arah menarik semua parti politik kecil Melayu untuk duduk di bawah satu bumbung perjuangan melalui konsep 'Payung Besar' yang dinasihatkan oleh Mahathir Mohamad.

    Di samping itu segala kepentingan mahupun hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus dipelihara secara terbaik mungkin bagi menjamin perpaduan nasional terus terpelihara.

    Kita amat menyayangi semua kaum di negara ini tetapi hanya mempertikaikan sikap tidak jujur pemimpin DAP semata-mata yang cuba hendak merungkaikan hak orang Melayu sedikit demi sedikit.

    Pemimpin-pemimpin DAP pada hari ini cuba untuk ambil kesempatan atas kelemahan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mereka berjaya tawan dalam segenap segi untuk terus tunduk serta akur terhadap segala permintaan mereka.

    Inilah perananan yang sedang dimainkan secara konsisten oleh parti PAS untuk terus membela Melayu dan Islam agar tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun.

    MENARIK:  Penunjuk perasaan sekat jalan ke kedutaan Amerika

    Namun, perananan serta tanggungjawab ini juga harus digalas secara jujur dan ikhlas oleh Umno termasuk keseluruhan parti-parti politik Melayu yang kecil termasuk NGO.

    Perbalahan sesama Melayu mesti dihentikan segera sebelum malapetaka besar menimpa keseluruhan anak bangsa kita.

    Inilah yang dikhuatiri oleh Mahathir Mohamad yang senantiasa mengingatkan orang Melayu jika terus berpecah lagi sepuluh tahun kita akan hilang kuasa politik serta negara ini buat selamanya.

    Keseluruhan orang Melayu pada hari ini mahu melihat perpaduan Melayu yang kuat sebagai satu ikatan 'simpul mati' yang tidak boleh dirungkai oleh sesiapa pun hingga akhir zaman.

    Sikap terbuka dan jiwa besar PAS yang tidak pernah putus asa untuk menjemput Umno agar berpaut semula bawah satu platform Melayu yang jitu harus dipuji.

    Insya-Allah, daya usaha jujur dan ikhlas PAS ini akan termakbul serta diberkati oleh Allah SWT. Amin.

    Sesungguhnya juga, PAS amat komited dan konsisten dalam perjuangan untuk menyatupadukan orang Melayu di negara ini secara menyeluruh serta berterusan sepertimana yang disarankan oleh Mahathir Mohamad.


    KHAIRUDDIN ABU HASSAN adalah anggota jawatankuasa lajnah penerangan PAS Melaka.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah