27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Kedah mahu kerajaan negeri cekap, berhemat urus sumber

    Shopee Sale

    Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mahu pengurusan sumber negeri dilaksanakan secara berhemat, cekap dan berstrategi bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi impak optimum dalam mendepani krisis tenaga global pada masa ini.

    Baginda bertitah amalan penjimatan perlu dijadikan keutamaan di semua peringkat jabatan dan agensi dengan menitikberatkan keperluan berbanding kehendak dalam setiap keputusan yang dibuat.

    "Beta sering mengikuti dengan serius perkembangan semasa di peringkat global, khususnya konflik dan peperanangan yang melanda Asia Barat dan Eropah Timur yang pastinya memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara dan negeri,” titah baginda.

    Sultan Sallehuddin bertitah demikian pada istiadat perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, DUN Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, di Alor Setar hari ini.

    Baginda turut menyeru rakyat agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan berbelanja secara berhemat.

    Dalam pada itu, Sultan Sallehuddin menyeru kerajaan negeri Kedah supaya sentiasa bertindak pantas dan proaktif dalam menilai serta menambah baik dasar dan peraturan sedia ada yang menyusahkan rakyat.

    "Kerenah birokrasi yang berlebihan, prosedur yang lapuk serta undang-undang yang tidak lagi relevan hanya akan menghalang kemajuan dan melemahkan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan.

    MENARIK:  JPN tak akan kompromi salah laku kakitangan

    "Sehubungan itu, beta menyeru agar tindakan semakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat jabatan dan agensi bagi mempertingkatkan kecekapan, mempercepatkan penyampaian perkhidmatan serta memacu produktiviti negeri ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan," titah baginda.

    Sultan Sallehuddin juga bertitah hubungan di antara kerajaan negeri dan Persekutuan tidak boleh dilihat secara terpisah, sebaliknya perlu berasaskan semangat kerjasama yang adil dan saling melengkapi.

    Sementara itu, baginda menegaskan institusi keagamaan tidak sekali-kali wajar disalahgunakan bagi kepentingan peribadi atau dijadikan wadah kepada agenda politik tertentu.

    Justeru, baginda menyeru supaya pihak berkuasa yang berkaitan bertindak secara tegas dan proaktif dalam melaksanakan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang.

    "Perkara ini mempunyai kaitan langsung dengan perpaduan yang menjadi asas kepada kestabilan negeri dan negara.

    “Sebagai sebuah negeri yang mempunyai rakyat berbilang agama dan kaum, keharmonian bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu dipupuk dengan sikap saling hormat menghormati dan memahami akan batas sensitiviti masing-masing," titah baginda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah