26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM terima laporan seleweng pelaburan RM1.1 bilion libatkan bekas menteri

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian.

    Sumber memaklumkan laporan tersebut diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2 petang tadi.

    “Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara terbabit.

    “Selain itu, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” menurut sumber.

    MENARIK:  Syed Saddiq bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

    Selain itu, pengadu juga melaporkan beberapa isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

    Beliau berkata tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah