27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM setuju beri lanjutan tempoh isytihar harta dua anak Mahathir

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setuju membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Tanpa mendedahkan tempoh lanjutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir telah berhubung dengan pengawai penyiasat SPRM mengenai tempoh pengisytiharan terbabit.

    Azam Baki

    “Kita telah tetapkan tempoh tarikh mereka mula kena isytiharkan harta mereka, jadi kita sudah capai persetujuan dalam perkara itu,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur hari ini.

    Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

    Pada 18 Januari lepas, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  MCA gesa siasatan penuh insiden letupan di stesen LRT

    Pada 24 Mei lepas, portal berita tempatan melaporkan kedua-dua anak Tun Mahathir itu memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.

    Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah