32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM reman dua lelaki termasukbekas pegawai ahli parlimen

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan bagi meluluskan dana Projek Mesra Rakyat.

    Sumber SPRM memaklumkan perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap kedua-dua lelaki itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat SPRM.

    Menurut sumber kedua-dua individu berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira 9.30 malam, Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya.

    MENARIK:  Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 8 tahun berbanding dolar

    Sumber turut memaklumkan mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan tahun lepas sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan papan pintar interaktif atau Interactive Smart Board kepada beberapa sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

    “Selain itu, siasatan juga menjurus kepada aspek pembekalan bagi mengesahkan penerimaan item mengikut kuantiti dan spesifikasi oleh sekolah-sekolah berkenaan,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah