31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sarah Yasmine Jawab Isu Cadar, Tolong Niezam Zaidi Pindah – ‘Rumah Bersepah, Tak Ada Tempat Duduk..Katil Je Bersih’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Sarah Yasmine tampil menjelaskan kontroversi berhubung isu dirinya menginap di rumah pelakon Niezam Zaidi yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Yasmine Nafi Jadi Orang Ketiga, Dakwa Hanya Kawan Rapat Niezam Zaidi – ‘Dah Setahun Kami Kenal’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Serang Atau Maki Perempuan Lain Kerana Pengkhianatan Seorang Lelaki’ – Fify Azmi

    Sarah Yasmine tolong Niezam Zaidi pindah

    View on Threads

    Mengulas mengenai tangkap layar perbualan yang tular, Sarah berkata situasi tersebut berlaku ketika dia membantu Niezam mengemas rumah selepas pelakon itu baru berpindah kediaman.

    Namun, dia menegaskan mereka tidak bersendirian kerana turut ditemani beberapa rakan lain.

    Lepas habis kerja, Niezam mesej dan hubungi saya di Instagram sebab dia perlukan seseorang untuk bercakap. Kemudian, dia ada cerita tentang keadaan rumah dia dan apa yang dia lalui ketika itu.

    Saya bukan jenis yang tinggalkan kawan bila mereka perlukan bantuan. Jadi saya pergi ke rumah dia dan tolong kemaskan rumah. Bukan kami berdua je, kawan-kawan dia pun ada sekali masa itu.

    Jadi pasal isu cadar dan katil tu, sebenarnya sebab rumah dia memang tengah bersepah kerana baru pindah. Kerusi dan tempat duduk pun belum tersusun lagi, jadi memang tak banyak tempat untuk duduk.

    Masa tu dia cuma cakap saya tak ada tempat lain untuk duduk. Jadi dia tanya sama ada saya okay kalau duduk atas katil sebab itu sahaja tempat yang paling bersih dan selesa untuk kami duduk ketika itu. Tak ada apa-apa maksud lain pun.

    Sarah Yasmine dakwa Fify Azmi nak jatuhkan Niezam?

    View on Threads

    Dalam masa sama, Sarah mendakwa Fify sebenarnya mengetahui status hubungannya dengan Niezam yang sekadar kawan rapat. Malah dia dan Fify pernah berhubung dan berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan pelakon tersebut.

    MENARIK:  Suami Menyesal Terlafaz Talak 3, Berang Isteri Terlanggar Kereta Mewah – ‘Aku Tahu Aku B*doh’

    Sarah turut mendakwa tindakan Fify memuat naik pendedahan terhadap Niezam bukan sesuatu yang berlaku secara spontan, sebaliknya telah dirancang sejak beberapa bulan lalu bagi menjatuhkan reputasi pelakon itu.

    Awak sendiri tahu yang saya dan Niezam memang cuma berkawan. Awak pernah banyak kali mengadu kepada saya tentang Niezam dan bercakap macam-macam mengenai dia. Awak pun pernah burukkan Niezam depan saya.

    Pasal semua hantaran yang awak buat itu pula, saya tak rasa ia dirancang secara tiba-tiba pada hari kejadian. Bagi saya, perkara itu memang sudah dirancang sejak lama. Sudah berbulan-bulan awak ada rancangan untuk menjatuhkan Niezam.

    Itu sahaja yang saya boleh cakap. Jadi, tolong hentikan semua ini dan jangan libatkan saya dalam cerita ini.

    Sarah turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan bersama Fify sebagai bukti bagi membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan kemelut hubungan pasangan berkenaan.

    Sehubungan itu, Sarah meminta orang ramai agar tidak terus mengaitkan namanya dalam kemelut yang berlaku serta berhenti membuat spekulasi berhubung hubungan dirinya dengan pelakon berkenaan.

    Sarah sebelum ini menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi punca keretakan hubungan antara pasangan pelakon, Niezam Zaidi dan Fify Azmi.

    Sarah kemudian menjelaskan dia dan Niezam tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang didakwa sebaliknya mereka berdua hanyalah sekadar kawan rapat.

    Terdahulu, pelakon Fify Azmi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan Sarah Yasmine. Meskipun tidak mendedahkan nama individu tersebut, Fify memberi bayangan kekasihnya itu seseorang yang mempunyai inisial NZ.

    Sumber: Threads Sarah Yasmine

    The post [VIDEO] Sarah Yasmine Jawab Isu Cadar, Tolong Niezam Zaidi Pindah – ‘Rumah Bersepah, Tak Ada Tempat Duduk..Katil Je Bersih’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah