32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM arah KPT, KKM selesaikan isu pengiktirafan program Doktor Farmasi

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menyegerakan penyelesaian berhubung isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) bagi lulusan Universiti Alexandria, Mesir

    Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa arahan itu dikeluarkan demi kepentingan kebajikan dan masa depan pelajar yang terlibat.

    Menurut kenyataan itu, PMO mengambil maklum mengenai aduan yang dikemukakan oleh pelajar bidang farmasi di universiti berkenaan berhubung pengiktirafan kelayakan PharmD untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia.

    “Ketika ini, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkaitan. Bagaimanapun, pengiktirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi memerlukan pertimbangan dan persetujuan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).

    MENARIK:  ‘Penjilat presiden’ hina saya sebagai pengemis QR - Chegubard

    “Justeru, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi,” menurut PMO.

    Terdahulu, media melaporkan empat pelajar program berkenaan tidak dapat menduduki peperiksaan ‘Poison Law’ pada tahun lepas ketika berada di tahun keempat pengajian susulan program yang diikuti mereka tidak diiktiraf oleh LFM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah