25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lesap RM3K Gara-Gara Tiket BTS, Individu Jadi Mangsa Scam

    Shopee Sale

    Keterujaan untuk menyaksikan konsert BTS WORLD TOUR ‘ARIRANG’ IN KUALA LUMPUR yang dijadual berlangsung Disember depan bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang individu apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan pembelian tiket dalam talian.

    Artikel Berkaitan:Tiket VIP Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ RM1,288 Hampir Sold Out, Penangan ARMY Bukan Biasa-Biasa!

    Artikel Berkaitan: Tiket Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ Di KL Mula Dijual 3 Jun, Harga Serendah RM338

    Kena scam

    Menerusi perkongsian di Threads, individu terbabit mendakwa dia bersama sahabatnya kerugian kira-kira RM3,000 selepas dipercayai ditipu oleh seorang penjual tiket tidak dikenali.

    Menurut individu tersebut, mereka sebelum itu telah beratur secara dalam talian sejak pukul 11 pagi bagi mendapatkan tiket ‘presale membership’ konsert berkenaan.

    Namun, selepas berjaya memasuki laman web sekitar pukul 2 petang, kesemua tempat duduk yang diinginkan sudah habis dijual.

    Kecewa gagal mendapatkan tiket rasmi, individu itu kemudian mula mencari penjual semula tiket di Threads sebelum menemukan satu akaun dikenali sebagai @uruscoolio dan kemudian berhubung di Telegram.

    MENARIK:  [VIDEO] Amelia Christie Syukur Berjaya Beli Kereta Kedua Di Usia 24 Tahun, Harga Cecah RM150,000

    Tambah individu itu, dia mula berasa curiga apabila suspek meminta bayaran tambahan melebihi RM1,000 selepas transaksi awal dilakukan.

    Bagaimanapun, ketika itu dia dan rakannya masih cuba menyedapkan hati serta berharap urusan pembelian tersebut benar-benar sah.

    Menurutnya lagi, mereka kemudian cuba menghubungi suspek berkali-kali sebelum lelaki tersebut menjawab panggilan telefon dan hanya mahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

    Individu itu turut mendakwa suspek dipercayai berasal dari China selepas gagal memahami Bahasa Melayu ketika dihubungi.

    Lebih mengecewakan, suspek dipercayai telah menyekat mereka di Telegram selain memadam semua perbualan serta menukar nama pengguna akaun berkenaan.

    Susulan kejadian itu, mangsa memaklumkan mereka sudah menghubungi talian Scam Response Center (NSRC) 997 dan membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

    Sumber: Threads

    The post Lesap RM3K Gara-Gara Tiket BTS, Individu Jadi Mangsa Scam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah