31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Juliana Evans Hamil Anak Ketiga, Sifatkan Tahun Ini Waktu Paling Sesuai

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

    Artikel Berkaitan: Teruja Kongsi Berita Gembira, Juliana Evans Umum Hamil Anak Kedua!

    Artikel Berkaitan: Juliana Evans Tewaskan Taylor Swift & Emma Stone Dalam Senarai Wanita Tercantik Dunia

    Hamil

    View on Threads

    Berita tersebut diumumkan sendiri oleh pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans, 37, menerusi satu hantaran di Threads yang mengejutkan sekali gus menggembirakan para peminat.

    Dalam hantaran itu, Juliana sempat berseloroh mengenai perjalanannya sebagai seorang ibu yang bakal mempunyai tiga orang cahaya mata tidak lama lagi.

    Nampaknya saya tidak belajar daripada pengalaman sebelum ini! Saya cuma bergurau.

    Saya memang tahu yang saya akan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi (anak) dan tahun ini adalah waktu yang sangat sesuai.

    Tambah Juliana lagi, dia seakan-akan tidak percaya bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

    Saya? Ibu kepada 3 anak? Masih cuba untuk menghadam perkara ini.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah.

    MENARIK:  Wajah Zubir Khan Dikatakan Hampir Sama, Berniat Mahu Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan – ‘Boleh Saya Dapat Info?’

    Segelintir mereka turut menitipkan doa agar segala urusan kehamilan dan kelahiran dipermudahkan kelak.

    Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.

    Pasangan itu kemudiannya dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: Threads

    The post Juliana Evans Hamil Anak Ketiga, Sifatkan Tahun Ini Waktu Paling Sesuai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah