31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat’

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan perananan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi libat urus dengan Peguam Negara sedang berjalan untuk meminda undang-undang berusia 15 tahun itu.

    “SPRM cukup aktif dalam reform undang-undang ini kerana kita dapat lihat kegunaan dan keberkesanan undang-undang ini untuk kami.

    “Dijangka rang undang-undang itu dibentang pada sesi ketiga Parlimen tahun ini, harapnya begitulah,” katanya kepada pemberita selepas rakaman program Bicara Naratif di Wisma Berita RTM di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata antara penambahbaikan yang perlu diambil kira ialah perlindungan terhadap pemberi maklumat yang secara tidak sengaja memberikan sesuatu maklumat kes rasuah kepada pihak lain selain pihak berkuasa.

    MENARIK:  Anwar turun ke Kedah esok, tinjau banjir - TPM

    Azam berkata ketika ini perlindungan terhadap seseorang pemberi maklumat akan terbatal sekiranya individu itu didapati memberikan maklumat berkenaan kepada mana-mana pihak selain SPRM.

    “Yang kedua, perlindungan perlu diberikan kepada seseorang individu yang dalam keadaan tertentu terpaksa terlibat walaupun dia sebenarnya bukan mempunyai perananan yang banyak dan dia mahu juga memberi maklumat.

    “Dalam undang-undang sekarang, walau sekecil-kecil penglibatan, maka dia tidak dilindungi, jadi kita sedang melihat untuk menggubal undang-undang untuk diberi pengecualian terhadap mereka yang sanggup ke hadapan memberi maklumat kepada agensi penguat kuasa terutama SPRM,” katanya.

    Azam berkata penambahbaikan itu juga membolehkan pihak swasta yang mempunyai program perlindungan pemberi maklumat mereka sendiri untuk turut dilindungi mengikut undang-undang kerana ketika ini hanya agensi penguat kuasa yang mempunyai kuasa melindungi pemberi maklumat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah