32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SME Corp belanja lebih dari peruntukan diterima

    Shopee Sale

    PARLIMEN | SME Corp Malaysia (SME Corp) membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit RM7.96 juta.

    Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 menyatakan perbadanan perusahaan kecil dan sederhana itu merekodkan baki debit tersebut untuk geran tertunda bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus pada akhir tahun kewangan 2023.

    “Geran tertunda yang dilunaskan ini berjumlah RM73.81 juta, melebihi jumlah asal yang diberikan iaitu RM65.85 juta pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” kata laporan berkenaan.

    MENARIK:  Dasar Malaysia larang eksport unsur nadir bumi mentah kekal - Zafrul

    Tambah laporan tersebut, SME Corp tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) untuk berbelanja melebihi peruntukan.

    Laporan audit itu turut mengingatkan SME Corp supaya mengambil perhatian terhadap usaha menambah baik kaedah pengurusan geran dengan mengakaunkan geran mengikut program yang diluluskan oleh MOF bagi memastikan geran dibelanjakan mengikut maksudnya.

    “Pada masa yang sama, SME Corp perlu memastikan baki geran pembangunan tanpa komitmen bagi RMK-10 dan RMK-11 dipulangkan kepada MOF sekiranya tidak mendapat kelulusan notis perubahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah