25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skandal rasuah: Umno Sabah bidas Hajiji menjelang pertuduhan

    Shopee Sale

    Umno Sabah mengecam Hajiji Noor dan menuduh Ketua Menteri Sabah itu gagal mentadbir negeri dengan berkesan selain membenarkan skandal rasuah memburukkan institusi kerajaan.

    Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata rakyat Sabah mesti bijak menilai prestasi kerajaan negeri, dengan mendakwa kononnya rasuah dan salah guna kuasa telah membayangi pentadbiran negeri.

    “Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam Baki) bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Rakyat Sabah sememangnya berharap agar skandal ini diadili tanpa mengambil kira jawatan, pangkat dan kedudukan," katanya dalam tulisan Facebook.

    Datu Rosman juga menegaskan hasil sumber negeri tidak boleh dijadikan sebagai ladang projek dan lesen kekayaan peribadi.

    "Saya yakin rakyat Sabah bukan sahaja mahu melihat mereka diadili di mahkamah tetapi juga di peti undi kelak," katanya.

    Dia turut mengkritik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – yang dipengerusikan Hajiji.

    "Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Pengerusi GRS bahawa GRS mesti dominasi politik Sabah. Ya, dominasi untuk kroni," dakwanya.

    Hajiji Noor

    SPRM kini sedang menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan lesen cari gali mineral yang dikeluarkan kerajaan Sabah.

    MENARIK:  Akar umbi PKR anggap debat Rafizi, Nurul Izzah buka jalan berpecah

    Semalam, Azam berkata dua Adun Sabah dan seorang orang awam akan didakwa berhubung skandal itu tidak lama lagi

    Kemudian, pemberi maklumat, yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun dikenali sebagai Albert, mengesahkan melalui peguamnya bahawa dia telah ditangkap sebaik tiba di pejabat SPRM dan kemudian dibebaskan dengan jamin RM10,000.

    Peguamnya Mahajoth Singh berkata Albert akan didakwa pada 30 Jun, satu tindakan yang disifatkan sebagai "mengejutkan dan mengecewakan".

    Pemberi maklumat telah menyerahkan bukti video, dokumen dan tangkapan skrin mesej WhatsApp kepada SPRM, yang didakwa membabitkan beberapa Adun dalam skandal perlombongan.

    Hajiji menuduh pemberi maklumat terbabit bersubahat dengan pihak-pihak yang ingin menjejaskan kestabilan pentadbirannya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah