27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akar umbi PKR anggap debat Rafizi, Nurul Izzah buka jalan berpecah

    Shopee Sale

    Tiada keperluan untuk dua calon yang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR berdebat secara terbuka.

    Bercakap kepada Malaysiakini, beberapa pemimpin akar umbi berpendapat debat hanya membuka jurang lebih besar kepada perpecahan.

    Ketua PKR Kuala Terengganu, Azan Ismail, mengakui debat adalah antara budaya parti itu, namun ia lebih sesuai bagi menghadapi PRU akan datang ketimbang pengundian dalaman.

    "Debat terbuka antara dua calon bagi membandingkan (dua) individu ini dia akan memberi ruang untuk (ahli parti) berpihak, sedangkan kita ini hanya mengadakan pengundian parti," katanya.

    Azan Ismail

    Ketua PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman, pula berpendapat pentas debat di antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar akan menjadikan keadaan tidak adil jika diadakan.

    Sebagai penyandang jawatan timbalan presiden, katanya, Rafizi tentu mempunyai "kelebihan" berbanding pencabar kerana sudah tahu selok-belok pengurusan parti berdasarkan kedudukannya yang berada pada jawatan tersebut selama sepenggal.

    Katanya pertembungan dalaman tidak menjadikan keadaan begitu terdesak untuk sampai ke peringkat berdebat bagi membuktikan kualiti yang ada pada kedua-dua calon.

    MENARIK:  Najib petik Anwar tentang pendakwaan 'tergesa-gesa, cacat'

    "Debat bukan satu keperluan masa ini. Kita (PKR) bertembung atas satu parti yang sama.

    “Kalau calon nak bagi tahu apa yang mereka nak sampaikan, lebih baik adakan dialog terus kepada akar umbi kerana ia jauh lebih baik.

    Syed Badli Shah Syed Osman

    Apa yang lebih penting, tambah Syed Badli Shah, ialah kedua-dua calon terbabit menyampaikan misi dan visi masing-masing secara langsung kepada ahli akar umbi.

    Rafizi menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Nurul Izzah bagi meredakan sedikit suhu yang memanas sepanjang kempen pengundian PKR ketika ini. Bagaimanapun Rafizi berkata ia perlu dianjurkan oleh pihak ketiga.

    Bagaimanapun Nurul Izzah setakat ini tidak menunjukkan kecenderungan untuk memililh cara itu.

    Sementara itu Ketua Pemuda PKR Wangsa Maju Arief Izuadin turut berpendapat debat tidak perlu diadakan demi menjaga keharmonian parti.

    “Tidak mengadakan debat juga salah satu cara meredakan suhu dalam kalangan anggota parti.

    "Jadi keperluan utama akar umbi buat masa sekarang adalah mengukuhkan perpaduan dalam parti bagi menghadapi PRU ke-16," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah