26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sindiket A to B: 'Majikan' terlibat akan disenarai hitam selamanya – Sim

    Shopee Sale

    Menteri Sumber Manusia Steven Sim berjanji kementeriannya akan menyenarai hitam “majikan” atau ejen yang terlibat dalam sindiket penyalahgunaan kuota pendatang asing 'A to B'.

    Sim berkata demikian ketika mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang mendedahkan berkenaan sindiket itu, di mana “majikan” meraih keuntungan berjuta-juta ringgit dengan mendapatkan kuota pekerja migran yang berlebihan sebelum menjual atau menyewanya kepada industri lain.

    "Kalau ada maklumat bawa kepada kami. Jika terbukti (kesalahan), kami akan menyenarai hitam majikan ini selama-lamanya," katanya kepada Malaysiakini selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai pengurusan pekerja asing di Kuala Lumpur, hari ini.

    Sim turut meminta pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk membuat laporan kepada polis, SPRM dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

    "Kalau ada pelanggaran di bawah Kesuma (Kementerian Sumber Manusia) kami ambil tindakan. Kalau di bawah KDN, polis ambil tindakan," katanya lagi.

    Hari ini, Malaysiakini menerbitkan laporan eksklusif berhubung sindiket yang dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan memonopoli urusan membekalkan pekerja asing.


    Baca:Pekerja asing: 'Majikan' kaut jutaan ringgit menerusi sindiket ‘A to B’


    sindiket "A ke B" mengeksploitasi sistem pengambilan pekerja kerajaan dengan mendapatkan kuota pekerja migran yang berlebihan, kemudian menjual atau menyewanya kepada industri lain untuk mendapatkan keuntungan.

    MENARIK:  Anwar ikrar pertahan penjawat awam, tidak terikut-ikut tekanan ‘penyakau’

    Malaysiakini difahamkan sindiket itu berkembang pesat sejak 1996 dan sukar dibendung ekoran ada penguatkuasa awam yang bersekongkol.

    Semakan juga mendapati sindiket itu turut mengaut keuntungan tahunan sekurang-kurangnya ratusan ribu ringgit dengan proses pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau menjual kuota pekerja. 

    Terdahulu, Sim dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dengan sindiket ini.

    "Saya nampak juga berita Malaysiakini hari ini tentang sindiket A to B. Saya ucapkan terima kasih kepada laporan portal itu kerana bukan sahaja mendedahkan sindiket, tetapi juga menyebut yang sejak pentadbiran kerajaan perpaduan sindiket, ini berkurangan.

    "Ini adalah hasil kerjasama semua kementerian terutamanya rakan-rakan dalam Kesuma dan KDN. 

    “Dalam laporan itu, dinyatakan bukan sahaja (kakitangan) kerajaan dan ejen yang terlibat, tetapi juga majikan. Kami nak beri amaran kepada semua untuk selesaikan isu ini.

    "Kami sangat tegas. Majikan tidak boleh ada ejen untuk buat permohonan bagi pihak mereka tapi kena buat permohonan secara terus dengan kami. 

    “Kalau kita dapati ada kesalahan-kesalahan ini, kita akan ambil tindakan undang-undang yang tegas bukan saja ke atas ejen memohon itu, tetapi juga kepada majikan yang menggunakan pekerja (yang diambil daripada sindiket)," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah