31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan lanjutan gencatan senjata AS-Iran tidak benar buat masa ini – Rumah Putih

    Shopee Sale

    Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt pada Rabu berkata dakwaan mengenai lanjutan gencatan senjata semasa antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran adalah “tidak benar buat masa ini”, lapor Xinhua.

    Leavitt berkata pada sesi taklimat media di Rumah Putih bahawa pentadbiran Trump optimis rundingan yang berterusan mampu menghasilkan satu perjanjian bagi menamatkan peranang yang sudah berlarutan sejak beberapa minggu.

    “Kami yakin dengan prospek untuk mencapai satu perjanjian,” kata beliau.

    Leavitt juga tidak memberi sebarang pengesahan mengenai tarikh rundingan dengan Iran akan disambung semula, namun berkata jika perbincangan diadakan, ia akan terus berlangsung di Pakistan susulan rundingan yang tergendala di Islamabad pada hujung minggu lalu.

    MENARIK:  Zafrul sahkan diterima sebagai ahli PKR

    Presiden AS Donald Trump pada Selasa berkata rundingan baharu antara AS dan Iran “mungkin berlangsung dalam tempoh dua hari akan datang” di Pakistan.

    Beliau juga berkata bahawa peranang AS-Israel dengan Iran “hampir berakhir,” namun tidak memberikan garis masa yang jelas.

    Gencatan senjata selama dua minggu itu dijadual tamat minggu depan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah