26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siling ruang istirahat Gate G6 KLIA bocor susulan hujan lebat

    Shopee Sale

    Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini akibat hujan yang luar biasa lebatnya, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

    Pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan berkata ruang berkenaan kini ditutup buat sementara waktu hingga pukul 12 tengah hari ini untuk kerja-kerja pembaikan segera.

    “Kami beri jaminan bahawa operasi penerbangan tidak terjejas dan penerbangan berikutnya yang dijadualkan berlepas dari ruang istirahat ini ini telah dipindahkan ke pintu alternatif. Kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi syarikat penerbangan kami untuk memastikan semua penumpang yang terjejas dimaklumkan dengan segera mengenai perubahan ini,” kata MAHB.

    MAHB berkata kejadian pada pukul 8.11 pagi itu ditangani segera oleh pasukan penyelenggaraan di lokasi.

    MENARIK:  RUU had PM: Kami laksanakan tugas semak dan imbang, kata PAS

    “Pasukan penyenggaraan sedang gigih berusaha untuk membaiki kebocoran dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Selain itu kami akan menilai dan berusaha mengukuhkan ketahanan kemudahan-kemudahan yang kami sediakan, bagi menghadapi keadaan cuaca melampau dengan lebih berkesan,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah