Pelakon Fattah Amin sekali lagi meraih perhatian ramai apabila menerima pujian netizen atas sikapnya yang konsisten menyokong isteri, Amira Othman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Akui Fasa Akhir Kehamilan Mencabar – ‘Nak Tidur Susah, Duduk..Bangun Tak Kena’
Artikel Berkaitan: Individu Terkesima Jumpa Fattah Amin, Puji Miliki Kulit Bersih – ‘Putih Melepak & Sangat Tinggi’
Fattah Amin usaha konsisten
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu dilihat memuat naik potongan klip ketika Amira Othman sedang bersiaran langsung.
Pada hantaran yang sama, Fattah Amin turut dilihat menyertai siaran langsung tersebut sebagai penonton selain mengirim beberapa ‘gift’ sebagai tanda sokongan.
Bagaimanapun, tindakan Fattah itu meraih pujian warganet yang menyifatkan sokongannya terhadap Amira konsisten sejak sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.
Konsisten ya semua.
Dari zaman rakan sekerja lagi, setiap kali Amira Othman siaran langsung, mesti Fattah pastikan dia jadi Top 1.
Perkara kecil macam ini nampak biasa tapi sebenarnya menunjukkan betapa dia sentiasa beri sokongan dan hargai orang yang disayangi.
Amira pun sama, akan masuk beri gift. Seronok tengok cara mereka saling menyokong antara satu sama lain.
Semoga terus bahagia hingga ke Jannah.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kemesraan yang ditonjolkan Fattah dan Amira menerusi sokongan yang diberikan dari jauh.
Sumber: Threads @mizz.ayuu
The post [VIDEO] Fattah Amin Beri Gift Ketika Live Amira Othman, Netizen Puji Sokongan Konsisten – ‘Dari Zaman Rakan Sekerja …’ first appeared on OHBULAN!.





