30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Hina Keluarga Saya, Mereka Tak Pernah Buat Salah Dengan Awak’ – Ratu Balqis

    Shopee Sale

    Penyanyi Ratu Balqis meluahkan rasa kecewa apabila keluarganya menjadi sasaran kecaman segelintir pihak di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ratu Balqis Akhiri Zaman Janda, Selamat Bernikah Di Pahang

    ‘Jangan hina keluarga saya’

    Menerusi hantaran di Threads, Balqis mengakui bahawa dia tidak pernah malu dengan latar belakang keluarganya meskipun dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana.

    Menurutnya, walaupun dia tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, ibu bapanya telah mendidiknya dengan penuh kasih sayang dan nilai murni yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

    Saya tahu saya bukan lahir dalam keluarga yang kaya dan saya memang membesar dalam kehidupan yang sederhana. 

    Tapi satu perkara yang ibu bapa saya beri, yang tak boleh dibeli dengan duit, adalah rasa hormat, nilai-nilai yang baik dan hati yang penuh kasih sayang.

    Sejak kecil saya dah bekerja keras dan gunakan duit hasil nyanyian untuk bantu serta jaga ibu bapa saya. Saya tak pernah malu dengan asal-usul keluarga saya,.

    Dalam masa sama, penyanyi itu turut meminta orang ramai supaya tidak melibatkan ahli keluarganya dalam sebarang isu atau pertikaian yang berkaitan dengan dirinya.

    Jadi jangan hina keluarga saya. Kalau ada masalah dengan sesiapa pun, lepaskan pada saya. Tinggalkan ibu bapa saya, adik-beradik saya dan anak saya.

    Mereka tak pernah buat salah dengan awak. Mereka tak layak menerima kecaman, hinaan atau sikap tidak hormat daripada sesiapa. Tak seorang pun daripada mereka. Sejujurnya, saya pun tak layak menerima perkara itu.“

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat serta menyokong pendirian Balqis yang mempertahankan maruah dan kehormatan keluarganya.

    MENARIK:  ‘Peringatan Kepada Saya & Peniaga Kecil Bila Berniaga Jagalah Keberkatan’ – Khairul Aming

    Sumber: Threads Ratu Balqis

    The post ‘Jangan Hina Keluarga Saya, Mereka Tak Pernah Buat Salah Dengan Awak’ – Ratu Balqis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah