25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan kes Zara Qairina tidak patuhi SOP polis – Pengarah JSJ

    Shopee Sale

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, M Kumar dipetik Bernama berkata terdapat ketidakpatuhan prosedur siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah agama Sabah, Zara Qairina Mahathir.

    Katanya, pegawai penyiasat tidak membuat permohonan bezah siasat.

    Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengadakan inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

    AGC berkata pihaknya sudah meneliti laporan siasatan yang disediakan polis.

    Tambah jabatan itu proses inkues tersebut akan dikendalikan di mahkamah korener secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.

    Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di tingkat bawah asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai, dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu sehari kemudian.

    MENARIK:  Anak Bung Moktar jadi calon BN untuk PRK Kinabatangan

    Keluarganya percaya kes itu melibatkan buli di sekolah dan pelbagai perkembangan yang berlaku selepasnya mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dakwaan wujud konspirasi dalam kalangan orang kenamaan.

    Ia menjadi lebih panas apabila didapati polis tidak melakukan bezah siasat ke atas jenazah pelajar terbabit.

    Susulan kekecohan dan kritikan orang ramai, minggu lalu AGC mengeluarkan arahan agar mayat Zara Qairina digali semula untuk bezah siasat.

    Bukit Aman kemudiannya memutuskan untuk mengambil alih siasatan dan menghantar sembilan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah ke Sabah bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah