25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siaran langsung kes rasuah perlu dibincangkan dengan Ketua Hakim – Azalina

    Shopee Sale

    Cadangan untuk menyiarkan secara langsung prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi perlu diteliti dari sudut peruntukan undang-undang sedia ada sebelum dapat direalisasikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

    Beliau berkata setakat ini kebanyakan perbicaraan hanya direkodkan melalui rakaman suara, namun belum pernah ada kes yang disiarkan secara langsung.

    "Saya tidak pasti dari segi peraturan undang-undang, tetapi ia perlu mendapat kebenaran mahkamah. Untuk siaran langsung perbicaraan, saya kena rujuk dahulu, kerana biasanya hanya dalam bentuk rakaman. Kalau rakaman suara, memang kebanyakan kes sudah ada.

    "Bagaimanapun, jika perkara ini serius, ia perlu dibincangkan dengan Ketua Hakim Negara," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di Putrajaya hari ini.

    Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mencadangkan supaya prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap proses kehakiman.

    MENARIK:  Jawatankuasa tangani kos penjagaan kesihatan swasta ditubuhkan

    Azam dilaporkan berkata langkah itu perlu memandangkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan media sosial untuk memanipulasi fakta perbicaraan sehingga menimbulkan tohmahan yang tidak sepatutnya.

    Dalam perkembangan lain, Azalina merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas cadangan menubuhkan sebuah Kementerian Undang-Undang khusus bagi memastikan ekosistem perundangan negara lebih tersusun dan bersepadu.

    "Itu keputusan Perdana Menteri, saya ucap terima kasih. Beliau mahu menilai perkara itu, jadi biarlah Perdana Menteri yang membuat keputusan," katanya.

    Cadangan penubuhan Kementerian Undang-Undang itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri pada 21 Ogos lepas.

    Anwar berkata langkah berkenaan akan membolehkan Malaysia berinteraksi dengan lebih bermakna bersama rakan serantau dalam usaha memperkukuh kedaulatan undang-undang, khususnya dengan negara anggota Asean.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah