28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Setakat ini kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata ia berdasarkan laporan awal bezah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang pagi ini.

    "Polis masih menunggu laporan lengkap punca sebenar kematian mangsa. Setakat ini kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  Malaysia Airlines sambung semula penerbangan Sabah, S'wak, Labuan

    Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

    Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah