31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Semua MP mesti jalani pemeriksaaan kesihatan sebelum 11 Nov

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Semua ahli pdiwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.

    Katanya ahli parlimen yang gagal berbuat demikian akan dipaparkan nama masing-masing pada laman sesawang parlimen.

    “Sehubungan itu, tanpa pengecualian, surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu telah diedarkan kepada ahli-ahli yang berhormat.

    “Pemeriksaan kesihatan itu akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di kemudahan swasta,” katanya sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Johari berkata pemeriksaan kesihatan yang serupa telah diadakan ke atas semua ahli parlimen pada tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Katanya langkah itu sekali lagi dipersetujui KKM untuk diadakan tahun ini.

    “Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM atas keprihatinan dan kerjasama diberikan.

    “Pemeriksaan kesihatan itu sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan ahli-ahli yang berhormat pada peringkat awal seterusnya membolehkan langkah pencegahan segera diambil,” katanya.

    MENARIK:  Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah disabit salah ubah wang haram

    Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangkit mencelah untuk mencadangkan supaya mana-mana ahli parlimen yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya.

    Johari secara berseloroh pula berkata dia akan memastikan perkara itu berlaku dan akan memaklumkan cadangan itu kepada presiden parti politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah