33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sekatan MCMC di FB: The Coverage Media buat undian pembaca

    Shopee Sale

    The Coverage Media meminta pembacanya mengund hantaran yang dipercayai menjadi punca halaman Facebooknya disekat Surhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

    Portal berita dalam talian itu mendakwa tidak mengetahui punca sekatan tersebut dan berkata mereka tidak menerima sebarang notis amaran sebelum tindakan diambil.

    Melalui akaun berasingan yang dipercayai diwujudkan kira-kira sedekad lalu, The Coverage Media berkongsi senarai 25 artikel paling popular sebelum tindakan MCMC dikenakan terhadap halaman Facebook mereka.

    “Tiada satu pun daripada posting tersebut menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja), dan jika ada sekalipun, ia hanyalah ulasan yang munasabah – seperti melaporkan rancangan (yang didakwa) kerajaan Selangor untuk melarang rumah ibadat bukan Islam di lot kedai komersial, atau mempersoalkan kuota 30 hingga 50 peratus penjualan tanah kepada Bumiputera.

    “Jadi, sekadar suka-suka, apa pendapat anda semua? Pilih lima posting teratas yang anda rasa menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mari kita berseronok sebelum halaman ini turut disekat,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik sebelum jam 5 pagi tadi.

    Senarai artikel yang dikongsikan itu merangkumi pelbagai topik, termasuk kemalangan jalan raya, politik, serta dasar kerajaan negeri dan Persekutuan.

    Semalam, MCMC memaklumkan telah memulakan siasatan terhadap halaman Facebook The Coverage Media susulan aduan orang ramai.

    Dalam satu kenyataan, MCMC berkata siasatan masih berjalan, namun penelitian awal mendapati terdapat kandungan yang dipercayai melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan kesalahan penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan komunikasi.

    MCMC turut memaklumkan bahawa akses kepada halaman berkenaan telah dihadkan untuk pengguna di Malaysia selepas penilaian dibuat oleh Facebook dan perkara itu dilaporkan kepada suruhanjaya tersebut.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menggesa MCMC memberikan penjelasan segera berhubung sekatan tersebut. Teo\ menegaskan bahawa selama ini dia berpegang kepada dasar tidak campur tangan dalam operasi penguatkuasaan bebas yang dijalankan oleh MCMC.

    MENARIK:  Loke: Tiada k'jaan sempurna, MRT S'pura pun pernah tergendala

    Sebagai respons kepada gesaan Teo itu, The Coverage Media sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang amaran awal sama ada daripada Facebook mahupun MCMC sebelum dikenakan apa yang disifatkan sebagai “pengasingan digital secara senyap”.

    “Seseorang individu atau organisasi media sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu tentang ‘kesalahan’ yang didakwa dilakukan sebelum hukuman dikenakan, bukannya dijatuhi hukuman mati terlebih dahulu dan kemudian diminta menunggu alasan.

    “Mengapa tiada langsung ketelusan sejurus selepas sekatan dikenakan? Mengapa perlu menunggu tekanan awam sebelum sebarang tindakan diambil?” soal portal itu.

    Mereka berpendapat MCMC sepatutnya mengambil tindakan lebih seimbang dengan mengenal pasti hantran bermasalah dan mengarahkannya diturunkan, bukan menyekat keseluruhan halaman.

    Dalam satu hantaran media sosial pada 4 Jun lalu, The Coverage Media mendakwa halaman Facebook mereka tidak dapat diakses oleh pengguna di Malaysia sejak sehari sebelumnya, dan mendakwa keadaan itu berlaku kerana “sesetengah pemimpin DAP terlalu sensitif terhadap kritikan”.

    Portal itu memaklumkan walaupun laman web mereka masih boleh diakses, mereka percaya ia hanya menunggu masa sebelum pihak berkuasa turut menyekat akses bagi mengehadkan pengaruh yang dibina selama lebih sedekad.

    “Pihak berkuasa nampaknya sangat bimbang dengan pengaruh halaman Facebook kami yang benar-benar mewakili suara rakyat. Kami secara konsisten mencatat sekurang-kurangnya 16 juta tontonan halaman setiap bulan dan kini berada di landasan untuk melepasi 20 juta tontonan.

    “Cepat atau lambat, mereka mungkin akan menutup laman web kami juga. Namun kami tidak terlalu mempedulikan perkara itu kerana syarikat ini sebenarnya tidak lagi aktif sejak 2018.

    “Semua posting sejak itu dibuat semata-mata untuk suka-suka dan tidak memberikan sebarang kesan komersial kepada kami,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah