34 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu pemerintahan N Sembilan perlu diselesai secara rundingan – TPM

    Shopee Sale

    Isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesaikan melalui rundingan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berpendapat pendekatan itu lebih sesuai berbanding membawa perkara berkenaan ke mahkamah, selain menegaskan kepentingan untuk menghormati Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan.

    “Caranya ialah menghormati institusi kedaulatan DKU yang ada dan pada hemat saya, jalan yang terbaik ialah melalui perundingan dan tidak perlu membawa perkara ini ke muka pengadilan atau mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2026 di Putrajaya hari ini.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.

    Anwar berkata meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya.

    MENARIK:  Rasuah Sabah: LFL akan serah video belum diedit pada SPRM

    Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir dimuktamadkan dan perbincangan lanjut bersama parti komponen BN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan pembahagian kerusi dapat dilakukan secara menyeluruh sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

    “Untuk Johor, telah hampir diselesaikan dan esok saya akan mengadakan perundingan dengan parti komponen BN terutamanya MCA bagi mereka memuktamadkannya dan untuk UMNO, hampir selesai.

    “Insya-Allah dalam minggu depan kita akan memuktamadkan sepenuhnya dan kita akan umumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan PRN Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun ini, manakala untuk Negeri Sembilan, pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN telah diterima semalam.

    DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun diikuti Negeri Sembilan, yang memiliki 36 kerusi pada semalam (5 Jun).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah