Pelakon, Ezaidi Aziz tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa usahanya kembali membina badan adalah bagi mencari sumber pendapatan tidak halal.
Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Sedar Diri, Nafi Letak Bayaran Tinggi – ‘Rundingan Harga Adalah Pihak Lain’
Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Pernah Ditawar Jawatan Tinggi Oleh VVIP Dengan Tujuan Terselindung – ‘Tiba-Tiba Kena Ikut Balik Rumah’
Buat badan untuk sihat

Ezaidi atau nama sebenarnya Mohamed Ezaidi Ab Aziz, 31, berkata, dia sama sekali tidak pernah terfikir ke arah perkara tersebut, sebaliknya perubahan fizikal dilakukan demi tuntutan kerjaya lakonan serta meningkatkan keyakinan diri.
Tidaklah. Saya tidak terlintas untuk ada tujuan ke arah itu (perkara tidak bermoral). Memang tidak pernah terfikir.
Saya kembali buat badan seperti dulu kerana komitmen kerja. Hanya untuk nampak sihat dan kesihatan diri sendiri serta tambah keyakinan untuk diri sendiri di dalam skrin.
Sebelum ini saya dalam penggambaran dan watak yang diberi pun meminta saya menjadi seakan-akan Prince Mateen iaitu segak dan tegap.
Jadi saya ambik inisiatif untuk bina badan balik. Itulah tujuan sebenarnya. Yang pasal cari duit haram itu, saya tidak ada hak untuk halang sesiapa untuk bercakap. Cukup saya sendiri tahu niat saya sebenarnya.
Mengulas lanjut, Ezaidi berkata perubahan dirinya selepas aktif menjalani latihan di gim turut memberi kesan positif terhadap tahap keyakinan diri yang sebelum ini agak rendah.
Katanya, dia seorang yang pemalu dan sering berdepan masalah kurang keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai.
Kalau dahulu saya kurus, rasa macam tak berapa yakin, tapi sekarang ini saya ada rasa yakin dan selesa berhadapan dengan orang.
Saya sebenarnya ada masalah kurang keyakinan diri dan pemalu. Jadi saya rasa ini sedikit sebanyak membantu menambah keyakinan diri saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Rahsia Engku Jabbar mengakui tidak faham mengapa ada pihak yang membuat andaian negatif terhadap dirinya hanya kerana berkongsi rutin kecergasan di media sosial.
Saya tak tahu kenapa dia komen seperti itu. Bagi saya, manusia tak lari daripada buat salah. Jangan cepat menghukum orang sebab takut kata-kata itu berbalik kepada kita semula.
Kalau tidak tahu cerita yang sebenarnya, sepatutnya lebih baik kita tidak berkata apa-apa.
Terdahulu, perkongsian Ezaidi di Threads yang memaparkan dirinya sedang menjalani latihan membina badan menerima pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa bertujuan menarik golongan kenamaan.
The post Ezaidi Aziz Nafi Buat Badan Untuk Tujuan ‘Pancing’ VVIP – ‘Hanya Nak Sihat & Tambah Keyakinan Diri’ first appeared on OHBULAN!.





