Ramai ibu bapa pernah mengalami situasi apabila anak dipanggil berkali-kali tetapi tidak memberi sebarang respons, seolah-olah tidak mendengar atau sengaja mengabaikan panggilan tersebut.
Artikel Berkaitan: Boleh Cecah RM1.1 Juta? Ini Pecahan Kos Besarkan Seorang Anak Dari Lahir Hingga Ke Universiti
Artikel Berkaitan: Kenapa M40 Digelar Kumpulan Tersepit? Ini Pecahan Pendapatan Isi Rumah Malaysia
Terlalu fokus lakukan sesuatu

Situasi ini sering menimbulkan rasa kecewa dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, namun hakikatnya tingkah laku tersebut boleh berpunca daripada pelbagai faktor.
Antara sebab yang paling biasa adalah apabila anak terlalu fokus dengan aktiviti yang sedang dilakukan sehingga tidak menyedari panggilan di sekeliling mereka.
Keadaan ini dikenali sebagai hyperfocus, iaitu satu fenomena yang normal dalam perkembangan awal kanak-kanak, di mana perhatian mereka mudah tertumpu secara mendalam pada satu aktiviti kerana kemampuan otak untuk memproses pelbagai rangsangan masih belum matang.
Selain itu, masalah pendengaran juga merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan, terutamanya jika anak tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila dipanggil walaupun dari jarak dekat, justeru pemeriksaan lanjut wajar dilakukan.
Masalah seperti glue ear atau jangkitan telinga boleh menjejaskan keupayaan mendengar dengan jelas, dan pemeriksaan oleh doktor pakar dalam bidang perubatan yang memfokuskan kepada rawatan telinga, hidung, dan tekak, (ENT) amat disarankan bagi pengesahan awal.
Dalam sesetengah keadaan, kelewatan perkembangan bahasa (Speech Delay) turut boleh menyebabkan anak kelihatan tidak memberi respons.
Hal ini kerana, mereka belum benar-benar memahami perkataan atau arahan yang diberikan, maka tindak balas mungkin menjadi lambat atau tidak berlaku.
Jika keadaan ini berterusan, penilaian oleh pakar terapi pertuturan boleh membantu mengenal pasti tahap perkembangan bahasa anak.
Uji reaksi ibu bapa

Seterusnya, ketiadaan respon daripada anak juga kadangkala dikaitkan dengan gangguan spektrum autisme, khususnya yang melibatkan aspek komunikasi dan interaksi sosial.
Namun begitu, ia tidak boleh disimpulkan secara sendiri kerana diagnosis hanya boleh dibuat oleh pakar perkembangan kanak-kanak selepas penilaian menyeluruh.
Di samping itu, anak-anak juga mungkin tidak memberi respons kerana keletihan, lapar atau sedang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
Sama seperti golongan dewasa, dan kanak-kanak juga boleh menjadi kurang responsif apabila mereka terlalu penat atau tidak selesa dengan persekitaran.
Dalam pada itu, ada juga keadaan di mana anak seolah-olah mengabaikan panggilan sebagai satu cara untuk menguji reaksi ibu bapa.
Ini merupakan sebahagian daripada proses perkembangan tingkah laku, dan cara ibu bapa bertindak balas akan mempengaruhi corak tingkah laku mereka pada masa akan datang.
Akhir sekali, cara panggilan juga memainkan peranan penting kerana nada suara yang terlalu perlahan, panggilan dari jarak jauh atau tanpa kontak mata boleh menyebabkan anak tidak menyedari bahawa mereka sedang dipanggil.
Pendekatan yang lebih jelas, lembut dan disertai perhatian biasanya lebih berkesan untuk mendapatkan respons daripada anak.
Sumber: The Asian Parent
The post Kenapa Anak Tak Beri Respon Bila Dipanggil? Ini Punca Yang Ibu Bapa Perlu Tahu first appeared on OHBULAN!.





