Penyanyi Faizal Tahir menzahirkan hasratnya untuk bersara sebagai penyanyi setelah dua dekad bergiat aktif dalam dunia seni.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Mengaku Artis, Perkenal Diri Sebagai Ahmad’ – Individu Dedah Faizal Tahir Tak Pernah Merungut Sertai Misi Bantuan
Artikel Berkaitan: ‘Nak Panggil Orang Besar, Bajet Pun Kena Besar’ – Faizal Tahir Terbuka Duet Dengan Siti Nurhaliza
Nak bersara

Ketika ditemui , Faizal atau nama penuhnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 47, berkongsi secara terbuka mengenai impiannya untuk bersara daripada dunia seni.
Kata Faizal, keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan perhatian serta bimbingannya sebagai seorang ayah.
Saya tidak akan cakap benda yang saya tidak maksudkan.
Saya tidak boleh bersembunyi, saya tidak boleh menipu. Bertahun-tahun, berkali-kali terlintas untuk bersara.
Saya harap perkara itu akan dimakbulkan juga, Insya-Allah.
Itu adalah satu, boleh dikatakan impian, bukan nak kecewakan sesiapa. Tapi perkara sekarang sudah tidak sama, dah berubah.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat yang berlangsung di The Campus, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam konsert, Faizal menjelaskan dia sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai anak seni yang diberi kelebihan dalam bidang nyanyian.
Menurut pelantun lagu Gemuruh itu, dia bersyukur kerana dikurniakan perjalanan seni yang indah selama dua dekad sekali gus menjadikan konsert tersebut sebagai hadiah istimewa buat para peminat.
Saya kena terima orang mahu saya membuat persembahan di atas pentas. Itu tanggungjawab saya. Jika saya tidak jalankan tanggungjawab ini, saya berdosa.
Alhamdulillah, saya dikurniakan satu perjalanan seni selama 20 tahun yang sangat lama dan berkat.
Saya dapat manfaatkan hidup orang lain dengan muzik dan bakat yang orang ramai mahu.
Jadi, jika saya tidak gunakan bakat ini untuk memberikan apa yang mereka mahukan, saya berdosa.
Dalam perkembangan lain, Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat dijadual berlangsung pada 3 Oktober depan di Unifi Arena.
Tiket konsert berkenaan akan mula dijual menerusi pra-jualan pada 9 Jun, manakala jualan umum dibuka sehari kemudian iaitu pada 10 Jun.
The post Faizal Tahir Simpan Hasrat Bersara – ‘Sekarang Sudah Tidak Lagi Sama Seperti Dulu’ first appeared on OHBULAN!.





