28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Salvaj KD Pendekar: Anggota maut dikenali sebagai LK I PLM Arman San

    Shopee Sale

    Anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Kota Tinggi ialah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa.

    TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperanangan Periuk Api (MSPPA) kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk proses bezah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

    “TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.

    “TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan golongan yang beriman,” katanya.

    MENARIK:  ULASAN | Tuah Abidin nampak di ceramah, tuah Joohari siapa yang tahu

    Menurut TLDM, Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

    KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

    Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu ditenggelami air sepenuhnya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah