27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Orang luar usah adu domba, politikkan kemelut di Negeri Sembilan’

    Shopee Sale

    Sekumpulan rakyat Negeri Sembilan terdiri daripada anak waris, ibu soko, lembaga dan buapak daripada semua luak di negeri itu, berhimpun di hadapan Istana Hinggap dan Wisma Negeri di Seremban hari ini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Menteri Besar Aminuddin Harun.

    Bernama melaporkan Kumpulan Sekretariat Sokongan dan Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan Menteri Besar itu, mula berkumpul di Istana Hinggap di Seremban sejak 8.45 pagi sambil memegang sepanduk kuning yang menyatakan sokongan kepada Tuanku Muhriz dan kerajaan Negeri Sembilan.

    Ketua sekretariat Profesor Mohd Aluwi Sari berkata mereka turut menyerahkan memorandum, bagi menyatakan sokongan dan taat setia rakyat Negeri Sembilan serta anak waris Luak Sungei Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol, Luak Rembau dan luak di bawah Tanah Mengandung.

    “Dalam adat ni kalau boleh terutamanya orang luar, janganlah mengadakan cerita, mengadu domba atau mempolitikkan tentang kemelut yang sedang berlaku di negeri ini,” katanya kepada pemberita.

    MENARIK:  Zahid: PRK medan uji keserasian parti dalam kerajaan perpaduan

    Penyerahan memorandum tersebut diserahkan oleh Mohd Aluwi Sari kepada Tunku Kecil Muda Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, manakala memorandum kepada Menteri Besar diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Ahmad Shahir Mohd Shah.

    Sementara itu, Berita Harian memetik Mohd Aluwi sebagai meminta 'orang luar' supaya tidak menuduh Tuanku Muhriz dan Aminuddin dengan pelbagai tomahan susulan isu itu.

    "Memorandum ini adalah untuk menyatakan sokongan dan taat setia rakyat jelata Negeri Sembilan serta anak waris Luak Sungei Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol, Luak Rembau dan luak di bawah Tanah Mengandung.

    "Ada orang Melaka bersuara, ada orang Selangor bersuara, ada orang Sarawak bersuara.

    "Saya bukan nak menuduh, saya tengok dalam media sosial, semuanya menyalahkan Duli Tuanku dan juga Menteri Besar," katanya.

    Krisis di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika Undang Sungei Ujong pula didakwa sudah dipecat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah