25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rusia, China, Pakistan serah draf resolusi isu Iran kepada UNSC

    Shopee Sale

    GLOBAL | Rusia, China dan Pakistan telah menyerahkan draf resolusi mengenai situasi di Iran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), menurut laporan agensi berita Mehr (MNA).

    Langkah itu dibuat berikutan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran, baru-baru ini.

    Menurut MNA, draf resolusi berkenaan mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap tapak dan kemudahan nuklear yang aman, sambil menyatakan bahawa serangan sedemikian merupakan ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa serta membawa risiko besar kepada sistem kawal selia Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

    Draf resolusi itu turut menggesa gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat.

    MENARIK:  Video ‘disunting’: Shafee cabar Hajiji lapor polis

    “Ketiga-tiga negara itu menekankan keperluan agar pihak-pihak terlibat kembali ke landasan diplomasi,” menurut laporan itu.

    -Bernama - MNA

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah