25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rogol statutori: Itu pandangan peribadi, tak perlu tarik balik – Ketua Polis K’tan

    Shopee Sale

    Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat menolak gesaan agar dia menarik balik cadangan agar remaja perempuan dalam kes rogol statutori turut didakwa bersama suspek lelaki dewasa.

    Yusoff dilaporkan berkata tiada keperluan untuk menarik balik kenyataan itu kerana ia hanyalah pandangan peribadinya.

    "Kenapa perlu tarik balik kenyataan itu kerana apa yang diutarakan adalah pandangan saya. Terserah kepada kerajaan nak mengambil perhatian atau tidak.

    "Tidak teliti pun tiada masalah, malah Menteri Dalam Negeri sendiri sudah memaklumkan itu adalah pandangan saya," katanya seperti dipetik Harian Metro, hari ini.

    Awal bulan ini, Yusoff mencetuskan reaksi apabila membuat cadangan tersebut dengan alasan berdasarkan hasil siasatan, hampir 90 peratus kes rogol statutori berlaku secara suka sama suka.

    MENARIK:  JPJ gantung lesen pemandu bas ekspres terbabit kemalangan

    Kenyataan itu mengundang kecaman daripada NGO, peguam, serta ahli politik termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Penasihat DAP Lim Guan Eng, yang menggesa agar dia menarik balik cadangannya.

    Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Yusoff berhubung rogol statutori sebagai sekadar “pandangan peribadi” dan menggesa orang ramai supaya tidak mensensasikan isu berkenaan.

    Isu itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pakar undang-undang dan kebajikan kanak-kanak, yang berpendapat undang-undang perlu direformasi bagi menyediakan pendekatan menyeluruh apabila kes seumpama itu melibatkan remaja sebaya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah