27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

    MetMalaysia memaklumkan, amaran cuaca berkenaan melibatkan Perlis, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Bagi Perak, kawasan yang terjejas ialah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin di Pahang.

    MENARIK:  Kadar pengangguran menurun, tapi di Sabah kekal tinggi

    Bagi di negeri sebelah selatan, cuaca berkenaan dijangka berlaku di kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan serta seluruh Melaka dan Johor.

    Di Sarawak, kawasan yang terjejas ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

    Sementara itu, kawasan terlibat di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah