26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut: Feri ke Langkawi kandas di beting pasir

    Shopee Sale

    Sebuah feri membawa 567 penumpang ke Langkawi terkandas di beting pasir berikutan angin kencang di kedudukan 0.5 batu nautika dari Kuala Perlis, Perlis hari ini.

    Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata feri terbabit berlepas dari Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis pada 2.30 petang tadi.

    "Kerja-kerja memindahkan penumpang dari feri ke terminal jeti sedang diusahakan, bagaimanapun keadaan mungkin sukar.

    “Ketika ini kita minta penumpang untuk berada di bahagian belakang feri sebab feri ini besar dan situasi ini sedang dipantau oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata usaha untuk membawa 567 penumpang itu ke Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis akan diteruskan pada 8 malam ini sebaik air pasang.

    Baharin berkata tiga trip feri dari Terminal Jeti Penumpang Kuala Kedah menuju ke Langkawi, hari ini yang membawa 679 penumpang juga terpaksa berpatah balik disebabkan ribut dan angin kencang di perairan Kuala Kedah.

    MENARIK:  Mahkamah Persekutuan akan tentukan kesahihan undang-undang perhimpunan aman

    Beliau berkata feri terlibat ialah bagi perjalanan pada 1.30 tengah hari yang membawa 120 penumpang, 2 petang (149 penumpang) dan 2.30 petang (410 penumpang).

    Kesemua penumpang katanya telah dipulangkan kos tiket dan ada yang menukar perjalanan feri seterusnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah