29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Layla Sania Kongsi Cabaran Tembusi Platform China – ‘Tak Lepas Muat Naik Diri Sendiri Pakai Tudung’

    Shopee Sale

    Penyanyi Layla Sania berkongsi pengalaman serta cabaran yang dilaluinya dalam usaha menembusi pasaran hiburan Mandarin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Teruja Konsert Di China Dihadiri Pengarah Program Nyanyian ‘I Am Singer’

    Cabaran menembusi pasaran mandarin

    Ketika ditemui , Layla, 23, memaklumkan bahawa imejnya yang bertudung menjadi antara cabaran dalam usaha mempromosikan karya menerusi platform media sosial popular di China, Douyin.

    Menurut Layla, platform Douyin mempunyai sistem pemantauan yang agak ketat sehingga menyebabkan kebanyakan hantarannya terpaksa diturunkan hanya kerana imejnya yang bertudung.

    Ada cabaran untuk Douyin, TikTok China. Kadang-kadang saya tak boleh muat naik diri sendiri yang pakai tudung.

    Kalau pakai hoodie dengan topi, itu lepas. Turban pun lepas tapi kalau tudung penuh tak lepas.

    Setakat ini Douyin saja yang saya ada masalah untuk itu.

    Layla berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Digital Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.

    Berkongsi lebih lanjut, Layla mengambil pendekatan lain dengan menggayakan tudung gaya turban yang lebih berunsurkan fesyen sebagai usaha menembusi pasaran media sosial China.

    Jadi saya pakai tudung gaya turban sebab nampak lebih kepada fesyen. Kalau tudung penuh, kena diturunkan hantaran tersebut atau tak lepas.

    Saya rasa mungkin ada ‘glitch’ pada AI dia. Kadang-kadang benda yang saya teruja nak kongsi, bila letak dekat Douyin tak lepas.

    Kalau empat video, mungkin satu atau dua video tak lepas. Tapi saya tetap cuba.

    Sekadar info, Layla Sania tercalon dalam kategori Selebriti Mandarin Terhangat di Anugerah Meletop Terhangat 2026 yang bakal berlangsung pada 18 Oktober ini.

    MENARIK:  Masih Berduka Atas Kehilangan Bapa, Khai Bahar Gagal Habiskan Nyanyian

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

    The post Layla Sania Kongsi Cabaran Tembusi Platform China – ‘Tak Lepas Muat Naik Diri Sendiri Pakai Tudung’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah