Penyanyi Syasya Rizal tampil memperjelas tarikh pelancaran single terbaharunya, Different yang berlangsung dalam tempoh berdekatan dengan kemunculan semula kumpulan Dolla.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Jawab Imej Penari Dalam Video Muzik Terbaru – ‘Nak Kekalkan Sesiapa Yang Bekerja Dengan Saya Mesti Bertudung’
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Jangan Komen Tak Lama Lagi Cabut Tudunglah Tu’ – Syasya Rizal
Isu tarikh

Ketika ditemui , Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 25, memaklumkan bahawa dia tidak pernah membuat permintaan agar single berkenaan dilancarkan pada tarikh tertentu.
Menurut Syasya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk menentukan tarikh yang bersesuaian bagi pelancaran single terbaharunya.
Tentang tarikh, ianya bukan sesuatu yang saya boleh kawal. Saya dibawah label.
Apa saja yang mereka buat, saya ikut saja.
Saya tak pernah minta untuk lagu saya dilancarkan sama hari dengan Dolla.
Syasya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media menerusi single terbaharunya berjudul ‘Different’ yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menjawab mengenai lirik lagu tersebut, penyanyi berusia 25 tahun itu menegaskan bahawa ianya mengisahkan tentang dirinya tanpa melibatkan mana-mana individu lain.
Lirik ini tiada kena mengena dengan orang luar pun. Lirik ini semuanya tentang saya.
Ada barisan lirik dalam lagu saya ‘langkah aku tak mudah, tak kan ku menyerah’. Lirik ini memberi gambaran perjalanan hidup saya yang melalui macam-macam.
Hubungan dengan Dolla

Berkongsi lebih lanjut, Syasya menafikan dakwaan bahawa hubungan bersama bekas kumpulannya, Dolla berada dalam keadaan tidak baik.
Saya jumpa saja dengan mereka. Ada yang kata kami gaduh dan sebagainya, tapi sebenarnya kami baik.
Alhamdulillah kami masih okey.
Tambah pelantun Different itu, dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk berkolaborasi bersama kumpulan Dolla pada masa akan datang namun memilih imej yang bersesuaian.
Kalau ada peluang berkolaborasi, saya tidak tolak tapi sudah tentu saya membawakan imej yang berbeza.
The post [VIDEO] Syasya Rizal Perjelas Tarikh Lancar Lagu Berdekatan ‘Comeback’ Dolla – ‘Saya Tak Minta’ first appeared on OHBULAN!.





