34 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wawasan tanding dua kerusi di Melaka? – ‘Setakat ini positif’

    Shopee Sale

    Hasrat Parti Wawasan Negara (Wawasan) untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimuktamadkan.

    Setiausaha Agung Wawasan Saifuddin Abdullah berkata rundingan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masih berlangsung dan setakat ini berjalan sangat positif.

    “Yang saya boleh sebutkan ialah kita dalam proses perundingan. Sejauh ini positif? Sangat positif,” katanya.

    Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Wawasan di Kuala Lumpur hari ini.

    Mengulas kenyataan sebelum ini mengenai hasrat Wawasan bertanding di dua kerusi pada PRN Melaka, Saifuddin menegaskan perkara itu masih dalam rundingan dan belum boleh dianggap sebagai keputusan muktamad.

    MENARIK:  Mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    “Kita tak boleh sahkan apa-apa sebab ini semua dalam rundingan.

    “Jangan sebut berapa kerusi dalam rundingan,” katanya.

    Sebelum ini, Presiden Wawasan Hamzah Zainudin berkata parti itu berhasrat mempertahankan dua kerusi DUN yang kini disandang wakil rakyat yang menyokong parti berkenaan.

    Dua kerusi itu, Bemban dan Sungai Udang dimenangi calon Bersatu atas tiket PN pada PRN Melaka 2021.

    Menurut Hamzah, keputusan mengenai pembahagian kerusi lazimnya dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

    Dalam pada itu, Saifuddin berkata Wawasan kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur parti, termasuk menubuhkan bahagian dan cawangan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

    Terdahulu, Wawasan menyampaikan watikah pelantikan kepada 160 ketua bahagian penaja dari seluruh negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah