30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    U Kaotim U Win 3.0 Tawar Peluang Menang Honda City, Proton e.MAS 7 PHEV & Hadiah Menarik

    Shopee Sale

    Siapa tak teruja bila ada peluang menang kereta baru, iPhone dan bar emas?

    Kalau korang tengah mencari perlindungan takaful untuk diri sendiri, keluarga atau kenderaan, ada berita baik daripada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia).

    Menerusi Kempen U Kaotim U Win 3.0, pelanggan yang menyertai produk Kaotim berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk Honda City, Proton e.MAS 7 PHEV, iPhone 17, bar emas 7 gram dan PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM5,000.

    Berlangsung dari 1 Ogos 2026 hingga 31 Disember 2026, kempen ini turut menampilkan dua cabutan hadiah sepanjang tempoh tersebut.

    Dua cabutan, pelbagai hadiah menarik menanti

    kaotim

    Untuk cabutan pertama yang melibatkan penyertaan dari 1 Ogos 2026 hingga 30 September 2026, korang berpeluang memenangi:

    • 1 x Honda City 1.5L V
    • 3 x iPhone 17 (512GB)
    • 3 x Bar Emas 7 gram
    • 3 x PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go RM5,000

    Bagi cabutan kedua pula, penyertaan berlangsung dari 1 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026 dengan hadiah:

    • 1 x Proton e.MAS 7 PHEV
    • 3 x iPhone 17 (512GB)
    • 3 x Bar Emas 7 gram
    • 3 x PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go RM5,000

    Pemenang akan dipilih daripada peserta yang layak melalui mekanisme cabutan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, setiap pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sepanjang kempen.

    Produk Kaotim mana yang layak?

    Nak sertai U Kaotim U Win 3.0? Korang perlu menyertai mana-mana produk Kaotim sepanjang tempoh kempen.

    Antaranya ialah Kaotim MediKad dengan Rider MediBooster dan Kaotim Legasi dengan Rider Penyakit Kritikal.

    Untuk perlindungan kenderaan, Kaotim Car dengan jumlah sumbangan minimum RM1,000 termasuk perlindungan tambahan bagi perlindungan tambahan bagi Peril Khas serta Kaotim Motor dengan jumlah sumbangan minimum RM300 turut layak menyertai kempen.

    Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat produk serta kempen.

    MENARIK:  PrEP Diharuskan Untuk Cegah HIV, Haram Jika Digunakan Bagi Tujuan Seks Bebas

    Kaotim Legasi tawar perlindungan dan peluang tambahan

    Bagi korang yang merancang perlindungan kewangan jangka panjang untuk keluarga, Kaotim Legasi bersama Rider Penyakit Kritikal menawarkan perlindungan yang dapat membantu memberikan sokongan kewangan kepada insan tersayang jika berlaku perkara yang tak diingini.

    Lebih menarik, setiap langganan yang berjaya akan menerima dua penyertaan kempen, sekali gus memberikan peluang tambahan untuk dipilih dalam cabutan hadiah.

    Ini bermakna korang bukan sahaja menikmati perlindungan untuk diri dan insan tersayang, malah memperoleh lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah menarik.

    Ini cara sertai U Kaotim U Win 3.0

    Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berjaya menyertai produk Kaotim sepanjang tempoh kempen serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

    Korang boleh melanggan produk Kaotim yang layak secara dalam talian melalui platform digital Kaotim atau mana-mana cawangan Takaful Malaysia di seluruh negara.

    Antaranya termasuk medikad.kaotim.my, legasi.kaotim.my, car.kaotim.my dan motor.kaotim.my.

    Pastikan sijil yang dikeluarkan kekal berkuat kuasa sepanjang tempoh kempen dan sekurang-kurangnya 30 hari selepas kempen tamat bagi mengekalkan kelayakan.

    Bukan sekadar kejar hadiah

    Menariknya, U Kaotim U Win 3.0 bukan hanya memberi peluang untuk memenangi hadiah.

    Kempen ini turut menggalakkan korang mendapatkan perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan, sama ada untuk kesihatan, keluarga atau kenderaan.

    Jadi, kalau korang sedang mempertimbangkan perlindungan takaful, bolehlah tengok produk Kaotim yang ditawarkan dan semak sama ada ia sesuai dengan keperluan korang.

    Untuk maklumat lanjut mengenai U Kaotim U Win 3.0, kelayakan, produk yang terlibat serta terma dan syarat, pastikan korang rujuk laman web rasmi Kaotim.

    The post U Kaotim U Win 3.0 Tawar Peluang Menang Honda City, Proton e.MAS 7 PHEV & Hadiah Menarik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah