28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Restoran siar kandungan Astro tanpa izin setuju bayar RM200,000

    Shopee Sale

    Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal bersetuju membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd, kerana menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.

    Dalam penyelesaian yang dibuat menerusi penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju membayar jumlah berkenaan kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran mereka.

    Ketua Jualan dan Pemasaran Astro Tai Kam Leong berkata restoran itu hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran tanpa kebenaran dengan menggunakan perananti seperti kad pintar dan dekoder Astro.

    “Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Tai berkata Astro komited memerangi cetak rompak digital kerana menyedari kesan besar tindakan itu kepada industri media dan kreatif.

    “Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil.

    "Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baru,” katanya.

    Menurut Tai, di Malaysia menjadi kesalahan kepada mana-mana premis komersial menayangkan penyiaran kepada orang awam jika pengisian tersebut diambil secara tidak sah, termasuk penyiaran rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sahih.

    MENARIK:  Berehatlah Pak Lah, jasamu membumi - Anwar

    Dia berkata kes itu adalah antara kebanyakan kes yang sedang dikendalikan Astro bagi melindungi hak harta intelek miliknya.

    Pada Feb lalu seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menjual kotak android yang dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram.

    Peranti berkenaan ditemui dalam serbuan pada Okt 2023.

    “Pada Julai tahun yang sama (2023), dua individu di Seremban turut berdepan tuduhan yang serupa.

    "Seorang daripadanya ditahan kerana menjual kotak TV haram di sebuah kedai.

    “Suspek mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM7,000 sementara menunggu perbicaraan pada September akan datang, manakala individu yang kedua mengaku bersalah dan dikenakan denda RM10,000 dengan bayaran serta-merta,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah