33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja mengaku tak bersalah tikam ibu saudara

    Shopee Sale

    Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan menikam ibu saudaranya, pada Jumaat lalu.

    Tertuduh yang berusia 14 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, 34, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Prai Jaya, Seberang Perai Tengah pada 11.30 pagi.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika terus langgar peraturan visa

    Pada prosiding berkenaan, timbalan pendakwa raya Zulfadzly Hassan menawarkan jaminan RM5,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Muhaimin Hashim merayu agar wang jaminan dikurangkan atas alasan remaja terbabit merupakan kanak-kanak dan masih bersekolah.

    Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

    Dia juga dikenakan syarat tambahan, iaitu tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

    Mahkamah turut menetapkan 20 Mac ini bagi mendapatkan laporan forensik dan perubatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah