28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RCI TH: Kerajaan perlu jelaskan sukuk UJSB di parlimen

    Shopee Sale

    Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mendesak kerajaan menjelaskan pelaksanaan komitmen kewangan berkaitan pelan pemulihan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk kaedah penyelesaian sukuk Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang telah mencapai tempoh matang.

    Dia berkata penjelasan terperinci perlu diberikan dalam perbahasan di Dewan Rakyat esok bagi menjawab persoalan mengenai peruntukan kerajaan untuk melaksanakan pelan berkenaan.

    "Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026," dakwanya pada kenyataan bagi pihak Bersama hari ini.

    "Oleh itu, sewajarnya perbahasan parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan,” katanya lagi.

    Ahli parlimen Pandan itu merujuk Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH yang membincangkan pemindahan aset serta penerbitan sukuk berkenaan.

    Menurut tafsiran Rafizi, langkah tersebut merupakan penyelesaian sementara untuk memperbaiki kedudukan kewangan TH manakala keberkesanan jangka panjangnya bergantung pada keupayaan kerajaan memenuhi komitmen apabila sukuk matang.

    MENARIK:  Projek ladang babi di Jalong diarah henti serta merta - Exco

    Katanya, sebahagian daripada obligasi sukuk itu diselesaikan melalui pemindahan hartanah manakala bakinya digantikan dengan instrumen sukuk baharu yang mempunyai tempoh matang lebih panjang.

    Rafizi juga menyoal jika langkah tersebut benar-benar memenuhi matlamat asal penstrukturan kewangan TH atau sekadar menangguhkan komitmen kerajaan ke suatu tarikh pada masa hadapan.

    Pelan penstrukturan kewangan TH yang diluluskan kerajaan sebelum ini melibatkan pemindahan aset tertentu kepada UJSB, sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

    Sebagai balasan, UJSB menerbitkan dua siri sukuk kepada TH yang masing-masing dijadualkan matang pada 2026 dan 2029.

    Berdasarkan struktur berkenaan, kerajaan perlu memastikan komitmen terhadap TH dipenuhi apabila instrumen itu mencapai tempoh matang, sama ada melalui pembayaran tunai atau penyerahan aset yang setara nilainya.

    Bagaimanapun, butiran mengenai nilai sebenar penyelesaian, bentuk aset yang dipindahkan dan kedudukan peruntukan kerajaan memerlukan pengesahan lanjut daripada Kementerian Kewangan, UJSB serta TH.

    Setakat kenyataan itu dikeluarkan, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak kerajaan terhadap persoalan yang dibangkitkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah