Hantaran pelakon jelita, Zahirah MacWilson yang memaparkan imej terbaharunya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Peminat Teruja Jumpa Zahirah MacWilson, Imej Berhijab Raih Pujian – ‘Makin Cantik!’
Artikel Berkaitan: Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Bekas Suami Pernah Curang, Tinggalkan Anak Dengan Hutang – ‘Hasut Mereka Benci Saya & Suami’
Imej bertudung

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, dilihat berkongsi beberapa foto ketika bercuti bersama keluarga kecilnya.
Selain itu, penampilan pelakon berusia 31 tahun itu turut meraih perhatian apabila dilihat tampil mengenakan tudung ketika sedang bercuti.
Pada hantaran yang sama, kebanyakan warganet memuji kecantikan Zahirah dengan imej baharunya, selain menitipkan doa agar istiqamah.
Menerusi tinjauan , Zahirah dilihat belum memberikan sebarang kenyataan berhubung penampilan terbaharunya itu.
Namun, isteri kepada pelakon kacak Aiman Hakim Ridza itu dilihat memberi tanda suka pada kebanyakan komen positif yang ditinggalkan warganet di ruangan komen.
Doa netizen




Sumber: Instagram @zahirahmacwilson
The post Zahirah MacWilson Berhijab Semasa Bercuti, Netizen Tak Putus Doa – ‘Tidak Apa Perlahan-Lahan, Janji Istiqamah’ first appeared on OHBULAN!.





