31.7 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Noki Tak Kecil Hati – ‘Memang Kami Sudah Bincang Untuk Beri Tumpuan Pada Watak Ainee Mustafa’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Noki, memberikan respon berhubung dakwaan lakonannya yang dikatakan kurang menyerlah berbanding lakonan aktres meningkat naik Ainee Mustafa di dalam filem terbaharu mereka, Tiket Sehala.

    Artikel Berkaitan: Saya Nak Gandingan Yang Boleh Bincang, Bukan Ikut Kepala Sendiri’ – Noki Selektif Pilih Rakan Lakon

    Artikel Berkaitan: Noki Dedah Tak Lalui Zaman Sekolah Seperti Pelajar Lain – ‘Saya Nak Hidup Sendiri, Tak Mahu Balik Rumah’

    Respon Noki

    Ketika ditemui , Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, menjelaskan bahawa plot nashkah tersebut lebih memberi penekanan kepada watak Putri yang dimainkan oleh Ainee.

    Dalam masa yang sama, karya berkenaan turut mengangkat tema kekuatan wanita, selain mengetengahkan isu penipuan sebagai antara elemen penting di dalam penceritaannya.

    Sebab kalau tanya saya tentang jalan cerita pun sebenarnya kami nak sampaikan lebih kepada watak Putri yang dibawa oleh Ainee.

    Heronya memang Alif (Noki) tetapi kalau anda perasan point sebenar adalah untuk menonjolkan tentang kekuatan wanita dan juga scam.

    Untuk babak-babak aksi pun begitu juga sebab fokus diberikan kepada watak Putri.

    Memang saya ada baca tentang komen ini dan pihak kami pun memang sudah berbincang untuk memberi tumpuan kepada watak tersebut.

    Noki berkata demikian ketika ditemui pada sesi ‘Meet & Greet’ barisan pelakon Tiket Sehala bersama penunggang motosikal Ducati Bikes, di Central i-City Shah Alam pada Ahad.

    MENARIK:  Ali Reza Sedia Buka Pintu Hati, Tak Kisah Usia Bakal Pasangan – ‘Boleh Terima Kekurangan Saya’

    Walau bagaimanapun, sebagai antara teraju utama, Noki tidak berkecil hati dengan kritikan penonton, malah memahami kehendak pengarah dan jalan cerita filem ini.

    Tidak (tak berkecil hati), sebab kami pun sama-sama membantu terutama untuk babak-babak yang berat.

    Selepas kami tonton keseluruhan filem ini barulah kami faham mengapa pengarah minta kami buat begitu.

    Untuk info, filem bergenre survival thriller ini sudah mula ditayangkan kepada penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 6 Ogos lalu.

    Selain Noki dan Ainee, Tiket Sehala juga dibintangi oleh Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani dan Saha Champ.

    The post [VIDEO] Noki Tak Kecil Hati – ‘Memang Kami Sudah Bincang Untuk Beri Tumpuan Pada Watak Ainee Mustafa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah