28.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ANALISIS | PRN Melaka ujian kerjasama BN-PN

    Shopee Sale

    ANALISIS | Perbincangan mengenai kerjasama parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menjadi ujian awal terhadap kesinambungan hubungan antara BN dan PN.

    Selepas kerjasama dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan memperlihatkan keserasian kedua-dua gabungan itu, percaturan di bumi Hang Tuah dijangka memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju hubungan mereka.

    Penganalisis politik Prof Madya Mohd Yusri Ibrahim (gambar bawah) berkata keadaan di Johor dan Negeri Sembilan berbeza kerana PN mudah memberikan laluan kepada BN yang mempunyai pengaruh dominan di kedua-dua negeri berkenaan.

    Menurutnya, keadaan di Melaka lebih rumit kerana PN turut merasakan gabungan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

    “Dalam PRU ke-15, PN menang tiga kerusi parlimen, BN kalah semua.

    “Kalau pecahkan undi parlimen kepada DUN, PN menang di 10 DUN, BN hanya menang 4 DUN. Bila PN rasa mereka juga kuat, mereka akan tuntut kerusi lebih.

    “BN pula sedang sandang 21 kerusi DUN yang mereka menang dalam PRN November 2021, beratlah hati nak serahkan kerusi menang tersebut kepada PN,” katanya kepada Malaysiakini.

    Ketua penyelidik Ilham Centre itu berkata jika BN mahu mempertahankan kesemua 21 kerusinya, hanya tujuh kerusi berbaki untuk ditandingi PN.

    Pengerusi BN Melaka AB Rauf Yusoh.

    Daripada jumlah itu, katanya empat kerusi DUN berada dalam jangkauan kemenangan PH.

    “Maksudnya PN ada potensi untuk tambah kemenangan satu kerusi sahaja iaitu Bukit Katil, selebihnya dua kerusi mereka memang sedang sandang sekarang.

    “Sebab itu saya kata, Melaka ini adalah ujian kerjasama BN-PN. Selepas ini banyak lagi cabaran kepada mereka, khususnya untuk kerjasama dalam PRU ke-16 nanti,” jelasnya.

    MENARIK:  PH sanggup tembung BN? Anwar 'sandiwara' - PAS

    Rundingan pembahagian kerusi

    Terdahulu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat bahawa gabungan itu kekal terbuka untuk mengadakan rundingan pembahagian kerusi, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi.

    Bagaimanapun, Zahid berkata sebarang rundingan perlu dijalankan secara jujur dan dengan niat baik.

    Dia turut menegaskan kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti perlu dihormati dan tidak seharusnya diserahkan begitu sahaja kepada rakan politiknya.

    Mohd Yusri berkata BN mempunyai beberapa pilihan untuk mempertahankan kedudukannya di Melaka, termasuk bekerjasama dengan PH.

    Menurutnya, BN berdepan risiko besar jika memilih untuk bertanding secara solo walaupun sokongan terhadap gabungan itu secara umumnya menunjukkan peningkatan mutakhir ini.

    Gambar fail, kerjasama BN-PN membuahkan kemenangan besar pada PRN Negeri Sembilan.

    “Namun dalam konteks Melaka, bertanding solo bukanlah pilihan paling baik, ada risiko besar sedang menanti.

    “Kedua, bekerjasama dengan PN. Jika kerjasama boleh diterjemahkan seperti model Negeri Sembilan, gabungan BN-PN berpotensi menang sehingga 24 daripada 28 kerusi.

    “Tapi cabaran besar adalah untuk mencapai konsesus pembahagian kerusi. Agak sukar untuk BN melepaskan mana-mana 21 kerusi yang disandang sekarang, dalam masa sama agak sukar juga untuk PN bertanding hanya di tujuh kerusi, apatah lagi empat daripada tujuh kerusi tersebut berpotensi dimenangi PH,” katanya.

    BN-PH kerjasama

    Mohd Yusri berkata pilihan lain bagi BN adalah mengekalkan kerjasama dengan PH.

    Menurut pensyarah kanan Universiti Malaysia Terengganu itu, kerjasama BN-PH merupakan pilihan paling ideal dalam konteks Melaka dan berpotensi memenangi kesemua 28 kerusi yang dipertandingkan.

    “Dalam masa sama, dengan kekuatan semasa, tidak sukar untuk PH bersetuju untuk bertanding baki tujuh kerusi yang tidak disandang oleh BN,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah