Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman memilih untuk melalui fasa pemulihan dengan caranya sendiri selepas berdepan pelbagai ujian dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Menangis Terima DM Pujian Lakonan – ‘Dia Daripada Melbourne, Saya Sangat Tersentuh’
Artikel Berkaitan: Norreen Iman & Bekas Suami Kekal Baik Demi Anak-Anak – ‘Tiada Gaduh Pun’
Pilih diri sendiri
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen, 32, mengakui dirinya kini dalam proses memperbaiki diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik seperti yang diimpikan selama ini.
Menurut Norreen, pelbagai ujian hidup membuatkan dia kehilangan sebahagian dirinya namun kini dia kembali menemui semula kebahagiaan.
Memilih diri sendiri, sembuh dalam diam dan perlahan-lahan menjadi insan yang selama ini saya impikan.
Dalam perjalanan ini, ada bahagian dalam diri saya yang telah hilang. Tapi sedikit demi sedikit, saya mula menemukan semula kebahagiaan dalam diri yang sedang saya bina.
Selain itu, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui merindui dirinya yang dahulu namun tidak pernah menyesali dirinya yang terkini.
Dalam pada itu, Norreen menyifatkan proses tersebut sebagai satu perjalanan untuk dia belajar mencintai versi dirinya yang baharu.
Ada hari saya rindu diri yang dulu. Ada hari saya bangga dengan diri yang sedang saya jadi.
Mungkin, proses penyembuhan itu adalah kedua-duanya.
Mungkin, pada akhirnya, penyembuhan bukan tentang kembali menjadi diri yang dulu, tetapi belajar menerima dan mencintai diri sendiri, seadanya.
Sumber: Threads @norreen143
The post ‘Dalam Perjalanan Ini Ada Sebahagian Dalam Diri Saya Hilang, Tapi Mula Menemukan Semula Kebahagiaan..’ – Norreen Iman first appeared on OHBULAN!.





