Penganjur konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur, Zues Event, mengumumkan empat kategori tiket baharu yang akan mula dijual pada Rabu, 12 Ogos, jam 12 tengah hari.
Kategori baharu tiket konsert Jason Mraz

Dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan oleh Zues Event, Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur akan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Konsert itu menawarkan pelbagai kategori tiket iaitu Jazzy berharga RM688, Acoustic (RM588), Soulful (RM488), Originals (RM388) dan Nostalgic (RM288).
Sementara itu, empat kategori baharu yang diperkenalkan ialah Mellow berharga RM498, Rhythm (RM428), Alive (RM358) dan Zenith (RM258). Kategori Signature pula ditawarkan pada harga RM158 dan mempunyai pandangan terhad (restricted view).
Kesemua kategori tiket baharu berkenaan akan mula dijual pada Rabu, 12 Ogos 2026, jam 12 tengah hari. Harga tiket yang dinyatakan tidak termasuk yuran pemprosesan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Peminat yang berminat boleh mendapatkan tiket menerusi etix.my, MAISEAT dan Trip.com bagi menyaksikan persembahan Jason Mraz yang pastinya akan memberi pengalaman berharga buat penononton selain berpeluang sing along lagu-lagu hit Jason.
Konsert ini bakal menjadi penampilan Jason Mraz di Malaysia selepas tujuh tahun. Penyanyi yang juga pemenang Anugerah Grammy itu telah menginspirasikan serta menyatukan peminat di seluruh dunia menerusi karya-karya popular seperti I’m Yours, I Won’t Give Up, Lucky bersama Colbie Caillat dan Have It All.
The post Permintaan Tinggi! 4 Kategori Tiket Baharu Konsert Jason Mraz Mula Dijual 12 Ogos first appeared on OHBULAN!.





